Tempat Pelancongan
Rabu, 16 November 2016
Tempat Penginapan Menarik Di Negeri Perak
1. MAJESTIC CONDO HOMESTAY
Jalan Dato Tahwil Azhar Plaza Kinta 11, 30300 Ipoh, Perak.
2. SUNRISE VILLA HOMESTAY
29 Jalan Damai Taman Idris, 30100 Ipoh, Perak
THE PINES VILLA 792 @ THE RESIDENCE KAMPAR
Persiaran Residensi Bandar Agacia, 31910 Kampar, Perak.
4. PANGKOR LAUT RESORT
Pulau Pangkor 32200 Lumut, Perak.
5. BELUM RAINFOREST RESORT
Pulau Banding 33200 Gerik, Perak.
Selasa, 15 November 2016
Peta Dan Maklumat Syarikat Pelancongan Negeri Perak
MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN
Nama : Ipoh Overland Tours & Travel Sdn. Bhd.
Alamat : Jalan Sultan Abdul Jalil, 30300 Ipoh, Perak.
No.Tel : 05-2532766
Laman Web : www.ipohoverland.com.my
E-Mel : hq-service@ipohoverland.com.my
Ipoh Overland Tours & Travel Sdn Bhd terletak di Ipoh. Ipoh Overland Tours & Travel Sdn Bhd berfungsi dalam aktiviti Agensi Pelancongan. Anda boleh menghubungi syarikat tersebut di 05-2532766. Anda boleh mencari lebih banyak maklumat mengenai Ipoh Overland Tours & Travel Sdn Bhd di www.ipohoverland.com.my atau melalui emel hq-service@ipohoverland.com.my.
Makanan-Makanan Menarik Di Negeri Perak
MEE REBUS RAMLI
Mee Rebus Ramli cukup popular. Kalau anda ke Ipoh pasti anda tidak mahu ketinggalan makan makanan ini. Ia adalah resepi istimewa yang telah lama bertapak di Ipoh.
Terdapat 3 restoran Mee Rebus Ramli iaitu di Taman Tasek Jaya, Jalan Raja Ekram dan Taman Bercham Raya.
TOM YAM SRI OKID
Tom Yam Sri Okid ini terletak disimpang jalan diantara Jalan Kuala Kangsar dan Jalan Kelebang Selatan. Kedai ini beroperasi pada pukul 7.00 malam sehingga 3.00 pagi. Orang sentiasa ramai dikedai ini terutama selepas maghrib.
Sebuah gerai Tom Yam yang menjual makanan Thai yang sedap-sedap. Antaranya ialah Ikan Siakap 3 Rasa, TomYam Seafood, TomYam Poktek, Siakap Stim Limau, Bawal Pedas, Ikan Masak Masam Manis, Ikan Masak Kicap, Ikan Masak Merah, Ikan Masak Halia, Nasi Paprik, Sotong Goreng Tepung dan macam-macam lagi jenis makanan Thai yang sedap-sedap.
SUP EKOR DI MEDAN SELERA TAMAN KANAK-KANAK
Sup Ekor yang paling sedap yang pernah saya makan, dijual di Medan Selera Taman Kanak-Kanak yang bersebelahan Gerbang Malam. Gerai Arjuna yang terletaknya di tengah-tengah gerai yang lain menjual sup ekor yang sangat sedap. Sup Ekor ini amat lembut dan sedap dimakan dengan nasi atau makan begitu sahaja. Didalamnya lebih kurang ada 6 ketul ekor lembu. Dikatakan makan sup ekor bagus untuk kesihatan terutamanya untuk orang demam, selsema dan untuk membangkitkan tenaga batin.
Selain itu makanan lain yang sedap disini Koew Teow Goreng, Nasi Ayam Penyek dan Bakso.
NASI GANJA GREENTOWN IPOH
Nasi Ganja yang terkenal di Ipoh, terletaknya disebuah restoran yang bercampur dengan kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee.
Nasi ganja ini sebenarnya nasi kandar dengan gulai kari ayam, udang, daging dan macam-macam gulai kari. Ia dinamakan Nasi Ganja kerana sesiapa yang memakannya biasanya akan datang lagi kerana ketagihan memakannya disebabkan sedapnya nasi itu.
MEE KICAP DAUD MAT JASAK
Mee Kicap juga popular di Ipoh. Mee Kicap yang istimewa ialah Mee Daud Mat Jasak , yang terletaknya di Jalan Datuk Onn Jaafar.
Mee Kicapnya istimewa kerana ia direbus dengan kuah yang dicampur dengan bebola ikan. Mee Kicap Daud Mat Jasak ini memang asli rasanya. Selain daripada Mee Kicap terdapat Mee Goreng, Sotong Kangkong, Nasi Lemak dan macam-macam lagi.
Waktu perniagaannya ialah Isnin hingga Sabtu jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.
Tempat Tempat Menarik Di Perak
TEMPAT BERSEJARAH DAN MUZIUM
Muzium Perak - Merupakan sebuah institusi muzium yang terdapat di Taiping dan merupakan yang tertua di Malaysia. Dibina pada tahun 1883 dan menempatkan pelbagai barangan dan artifak sejarah Melayu di Negeri Perak khususnya.
Kellie's Castle - Sebuah rumah agam lama yang dibina oleh Kelli untuk isterinya pada 1915 sebagai lambang cinta sejatinya. Malangnya warga Scotland ini gagal menyiapkan rumah agam ini kerana meninggal secara mengejut kerana penyakit pneumonia.
Sultan Azlan Shah Gallery - Sebuah galeri atau muzium di Kuala Kangsar yang menempatkan pelbagai bahan bersejarah tentang kehidupan Almarhum Sultan Azlan Shah dari muda sampailah ke era pemerintahannya. Disini juga menempatkan informasi berkenaan sejarah negeri Perak dan keluarga Diraja Perak.
Kota Belanda - Merupakan sebuah kubu lama colonial Belanda yang berusia lebih 300 tahun dan terletak di Teluk Gadung, Pulau Pangkor. Kubu ini dahulunya tempat penyimpanan bijih timah yang diambil dari negeri Perak dan juga merupakan sebuah kubu pertahanan tentera Belanda.
TARIKAN ZOO DAN TAMAN HAIWAN
Zoo Taiping - Merupakan zoo terbesar di negeri Perak yang menempatkan lebih 1300 ekor binatang dari 180 spesis binatang dalam dan luar negera. Sesuai untuk datang dengan kanak-kanak dan keluarga untuk melihat binatang seperti harimau, zirafah, badak air dan pelbagai jenis binatang lagi.
Eco Park - Merupakan sebuah taman dan tarikan pelancongan yang ada di Bukit Merah Laketown Resort yang menempatkan lebih 40 spesis burung-burung, mamalia dan reptilia didalam sebuah kawasan yang berkeluasan 4 ekar.
Tiger Valley - Merupakan salah satu tarikan yang ada di Lost World of Tambun dimana pengunjung berpeluang melihat Siberian Tiger dengan lebih dekat. Tumpuan utama disini ialah ketika melihat binatang buas ini diberi makan.
Santuari Burung Kuala Gula - Sebuah destinasi terbaik di Perak untuk melihat burung-burung yang terletak tidak jauh dari Hutan Paya Laut Matang. Menempatkan ratusan spesis burung dan unggas yang cantik dan susah untuk ditemui di tempat lain.
PANTAI DAN PULAU
Pulau Pangkor - Sebuah pulau peranginan yang paling popular di negeri Perak dan merupakan salah satu destinasi terdekat untuk warga KL dan Selangor yang inginkan percutian di pulau. Disini terdapat banyak resort dan hotel dan menawarkan aktiviti sukan air yang best untuk dilakukan seperti banana bot, snorkeling dan bermain jetski.
Pulau Sembilan - Merupakan rimpunan 9 pulau-pulau kecil di Perak yang jadi tarikan kepada pelancong untuk mencuba aktiviti memancing, snorkeling, atau scuba diving. Satu tempat menarik di Perak untuk melihat terumbu karang dan hidupan marin yang eksotik disini. Hendak kesini perlu menaiki bot yang mengambil masa setengah jam dari Jeti Kampung Sungai Burung.
Pantai Pasir Panjang - Sebuah pantai di Segari yang menjadi tempat penyu bertelur kerana struktur pantai dan kurang pencemaran. Disini juga terletak sebuah santuari penyu yang dikenali Pusat Pengurusan Penyu Segari.
Teluk Batik - Merupakan sebuah tempat peranginan tepi pantai yang mempunyai beberapa chalet dan resort seperti Marina Cove Resort dan Teluk Batik Resort. Terletak tidak jauh dari jeti Pulau Pangkor.
TAMAN TEMA DAN HIBURAN
Bukit Merah Lake Town Resort - Sebuah resort dan taman permainan yang pasti membuatkan kanak-kanak teruja sekiranya bercuti disini. Antara tarikan utama yang ada disini ialah Water Park dan Eco Park. Kemudahan penginapan turut tersedia. Tidak jauh dari sini terdapat sebuah santuari orang utan di Pulau Orang Utan.
Lost World Of Tambun - Sebuah taman tema yang lengkap dengan kemudahan seperti water park dan hot spring park. Disini juga menempatkan resort sekiranya pengunjung ingin menginap. Antara tarikan di Lost World of Tambun yang ada ialah water park, amusement park, lost world petting zoo, tiger valley, tin valley dan adventure park.
Sungai Klah Hotspring - Sebuah tempat berhampiran dengan Pekan Sungkai yang menempatkan beberapa kolam air panas semulajadi yang sesuai untuk mandi dan berendam. Terdapat juga kolam yang panas sehingga 100 darjah celsius, malah pengunjung berpeluang merebus telur di dalam kolam air panas ini.
Langgan:
Catatan (Atom)