Selasa, 15 November 2016

Tempat Tempat Menarik Di Perak


TEMPAT BERSEJARAH DAN MUZIUM



Muzium Perak - Merupakan sebuah institusi muzium yang terdapat di Taiping dan merupakan yang tertua di Malaysia. Dibina pada tahun 1883 dan menempatkan pelbagai barangan dan artifak sejarah Melayu di Negeri Perak khususnya.



Kellie's Castle - Sebuah rumah agam lama yang dibina oleh Kelli untuk isterinya pada 1915 sebagai lambang cinta sejatinya. Malangnya warga Scotland ini gagal menyiapkan rumah agam ini kerana meninggal secara mengejut kerana penyakit pneumonia.



Sultan Azlan Shah Gallery - Sebuah galeri atau muzium di Kuala Kangsar yang menempatkan pelbagai bahan bersejarah tentang kehidupan Almarhum Sultan Azlan Shah dari muda sampailah ke era pemerintahannya. Disini juga menempatkan informasi berkenaan sejarah negeri Perak dan keluarga Diraja Perak.



Kota Belanda - Merupakan sebuah kubu lama colonial Belanda yang berusia lebih 300 tahun dan terletak di Teluk Gadung, Pulau Pangkor. Kubu ini dahulunya tempat penyimpanan bijih timah yang diambil dari negeri Perak dan juga merupakan sebuah kubu pertahanan  tentera Belanda.



TARIKAN ZOO DAN TAMAN HAIWAN


Zoo Taiping - Merupakan zoo terbesar di negeri Perak yang menempatkan lebih 1300 ekor binatang dari 180 spesis binatang dalam dan luar negera. Sesuai untuk datang dengan kanak-kanak dan keluarga untuk melihat binatang seperti harimau, zirafah, badak air dan pelbagai jenis binatang lagi.



Eco Park - Merupakan sebuah taman dan tarikan pelancongan yang ada di Bukit Merah Laketown Resort yang menempatkan lebih 40 spesis burung-burung, mamalia dan reptilia didalam sebuah kawasan yang berkeluasan 4 ekar.




Tiger Valley - Merupakan salah satu tarikan yang ada di Lost World of Tambun dimana pengunjung berpeluang melihat Siberian Tiger dengan lebih dekat. Tumpuan utama disini ialah ketika melihat binatang buas ini diberi makan.



Santuari Burung Kuala Gula - Sebuah destinasi terbaik di Perak untuk melihat burung-burung yang terletak tidak jauh dari Hutan Paya Laut Matang. Menempatkan ratusan spesis burung dan unggas yang cantik dan susah untuk ditemui di tempat lain.

 

PANTAI DAN PULAU


Pulau Pangkor - Sebuah pulau peranginan yang paling popular di negeri Perak dan merupakan salah satu destinasi terdekat untuk warga KL dan Selangor yang inginkan percutian di pulau. Disini terdapat banyak resort dan hotel dan menawarkan aktiviti sukan air yang best untuk dilakukan seperti banana bot, snorkeling dan bermain jetski.



Pulau Sembilan - Merupakan rimpunan 9 pulau-pulau kecil di Perak yang jadi tarikan kepada pelancong untuk mencuba aktiviti memancing, snorkeling, atau scuba diving. Satu tempat menarik di Perak untuk melihat terumbu karang dan hidupan marin yang eksotik disini. Hendak kesini perlu menaiki bot yang mengambil masa setengah jam dari Jeti Kampung Sungai Burung.



Pantai Pasir Panjang - Sebuah pantai di Segari yang menjadi tempat penyu bertelur kerana struktur pantai dan kurang pencemaran. Disini juga terletak sebuah santuari penyu yang dikenali Pusat Pengurusan Penyu Segari.



Teluk Batik - Merupakan sebuah tempat peranginan tepi pantai yang mempunyai beberapa chalet dan resort seperti Marina Cove Resort dan Teluk Batik Resort. Terletak tidak jauh dari jeti Pulau Pangkor.



TAMAN TEMA DAN HIBURAN



Bukit Merah Lake Town Resort - Sebuah resort dan taman permainan yang pasti membuatkan kanak-kanak teruja sekiranya bercuti disini. Antara tarikan utama yang ada disini ialah Water Park dan Eco Park. Kemudahan penginapan turut tersedia. Tidak jauh dari sini terdapat sebuah santuari orang utan di Pulau Orang Utan.



Lost World Of Tambun - Sebuah taman tema yang lengkap dengan kemudahan seperti water park dan hot spring park. Disini juga menempatkan resort sekiranya pengunjung ingin menginap. Antara tarikan di Lost World of Tambun yang ada ialah water park, amusement park, lost world petting zoo, tiger valley, tin valley dan adventure park.



Sungai Klah Hotspring - Sebuah tempat berhampiran dengan Pekan Sungkai yang menempatkan beberapa kolam air panas semulajadi yang sesuai untuk mandi dan berendam. Terdapat juga kolam yang panas sehingga 100 darjah celsius, malah pengunjung berpeluang merebus telur di dalam kolam air panas ini.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan