Selasa, 15 November 2016

Makanan-Makanan Menarik Di Negeri Perak


MEE REBUS RAMLI

Mee Rebus Ramli cukup popular. Kalau anda ke Ipoh pasti anda tidak mahu ketinggalan makan makanan ini. Ia adalah resepi istimewa yang telah lama bertapak di Ipoh.
Terdapat 3 restoran Mee Rebus Ramli iaitu di Taman Tasek Jaya, Jalan Raja Ekram dan Taman Bercham Raya.




TOM YAM SRI OKID

Tom Yam Sri Okid ini terletak disimpang jalan diantara Jalan Kuala Kangsar dan Jalan Kelebang Selatan. Kedai ini beroperasi pada pukul 7.00 malam sehingga 3.00 pagi. Orang sentiasa ramai dikedai ini terutama selepas maghrib.
Sebuah gerai Tom Yam yang menjual makanan Thai yang sedap-sedap. Antaranya ialah Ikan Siakap 3 Rasa, TomYam Seafood, TomYam Poktek, Siakap Stim Limau, Bawal Pedas, Ikan Masak Masam Manis, Ikan Masak Kicap, Ikan Masak Merah, Ikan Masak Halia, Nasi Paprik, Sotong Goreng Tepung dan macam-macam lagi jenis makanan Thai yang sedap-sedap.





SUP EKOR DI MEDAN SELERA TAMAN KANAK-KANAK

Sup Ekor yang paling sedap yang pernah saya makan, dijual di Medan Selera Taman Kanak-Kanak yang bersebelahan Gerbang Malam. Gerai Arjuna yang terletaknya di tengah-tengah gerai yang lain menjual sup ekor yang sangat sedap. Sup Ekor ini amat lembut dan sedap dimakan dengan nasi atau makan begitu sahaja. Didalamnya lebih kurang ada 6 ketul ekor lembu. Dikatakan makan sup ekor bagus untuk kesihatan terutamanya untuk orang demam, selsema dan untuk membangkitkan tenaga batin.
Selain itu makanan lain yang sedap disini Koew Teow Goreng, Nasi Ayam Penyek dan Bakso.




NASI GANJA GREENTOWN IPOH

Nasi Ganja yang terkenal di Ipoh, terletaknya disebuah restoran yang bercampur dengan kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee.
Nasi ganja ini sebenarnya nasi kandar dengan gulai kari ayam, udang, daging dan macam-macam gulai kari. Ia dinamakan Nasi Ganja kerana sesiapa yang memakannya biasanya akan datang lagi kerana ketagihan memakannya disebabkan sedapnya nasi itu.




MEE KICAP DAUD MAT JASAK

Mee Kicap juga popular di Ipoh. Mee Kicap yang istimewa ialah Mee Daud Mat Jasak , yang terletaknya di Jalan Datuk Onn Jaafar.
Mee Kicapnya istimewa kerana ia direbus dengan kuah yang dicampur dengan bebola ikan. Mee Kicap Daud Mat Jasak ini memang asli rasanya. Selain daripada Mee Kicap terdapat Mee Goreng, Sotong Kangkong, Nasi Lemak dan macam-macam lagi.
Waktu perniagaannya ialah Isnin hingga Sabtu jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan